Isnin, 11 Ogos 2008

Bagi sesiapa yang hidup di KL, atau di mana-mana saja bandar di bumi bertuah Malaysia ini, maka anda pasti sayai bahawa hidup berkeluarga di KL dengan gaji RM2,000 sebulan sememangnya satu dilemma ngeri. Mari kita cuba gariskan sedikit perbelanjaan tetap kita:

1. Sewa rumah (Teres setingkat/Flat) katakan RM500.
2. Api (Rumah takde aircond, cuma ada tv, peti sejuk dan seterika, RM80
3. Air (tak basuh kereta kat rumah) RM15
4. Bayar loan PTPTN (kadar minimum) RM180
5. Bil Telepon rumah (Guna untuk call in je) RM50
6. Prepaid Handphone (saya dan isteri, sorang RM50) total RM100
7. Susu anak (DUMEX) 2 tin sebulan RM50
8. Lampin anak & misc katakan dalam RM60 (tak pasti sangat, orang rumah tahu lah)
9. Installment kereta (Gen2) RM678
10. Minyak kereta kita bubuh sehari RM10 so sebulan RM300
11. Makan, letak lah RM300 untuk barang-barang dapur. Tak makan kat luar langsung ni.
12. Belanja lunch kat office (Nasi lauk ikan keli + Teh O ais) RM5.00 X 20 = RM 100

Eh!! Dah RM2,413 ni...Banyak lagi belum masuk... nak bayar hutang credit card? Nak bagi mak abah kat kampung? Barang dapur? Rokok? (Orang yg isap rokok akan tahu berapa belanja untuk rokok sebulan!) Arghhh!!! kacau!! Streamyx? Astro? Nak selit celah mana pulak? KFC? McD? Parking ticket? Tol?? Nak pulak time sekarang nih, nak balik kampung pun takut dibuatnya!!Jadi dek kerana desakan ini, saya cuba mencari sesuatu bagi menjana pendapatan sampingan saya seterusnya menaikkan taraf ekonomi keluarga. Tapi nak buat 2 kerja dalam satu masa (contoh cam awie dalam filem: siang jadi mekanik, malam jadi penyanyi di nite club) dalam filem boleh lah. Ini kita bila dah balik kerja, kalau boleh nak terbaring jer depan TV. Penat!Jadi saya try join MLM. Macam-macam saya try. Semua tak jalan. Lagi banyak duit habis sebab nak maintain PV dan sebagainya adalah. Isk! Tak boleh jadi. Tapi saya masih yakin yang MLM adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan saya. Pada saya dengan sistem rangkaian Multi Level umpama orang si Penoreh Getah, dengan Tokey Estet bezanya. Tapi bagi memastikan saya akan berjaya kali ini, saya telah menggariskan beberapa kriteria untuk memastikan saya akan berjaya, dan senang untuk saya mencapainya.

Tiada ulasan:

  • http://websms.maxis.com.my/usrLoginSubmit.do